Malaysia Dateline

PKR dan PH Johor lancar task force bantu mangsa banjir

PKR bersama Pakatan Harapan Johor telah menubuhkan satu pasukan ‘Task Force Bantuan Banjir AMK Malaysia 2021’ bagi memulakan inisiatif menggerakkan bantuan untuk mangsa banjir yang terjejas di negeri itu.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, wakil-wakil rakyat serta anggota parti telah digerakkan bagi meninjau keadaan di kawasan masing-masing dan melaksanakan inisiatif yang boleh membantu mangsa banjir.

“Keadilan Negeri Johor akan terus meninjau keadaan dan membantu semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa banjir terjaga

“Saya menggesa agar kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar serta agensi-agensi terlibat melipat gandakan usaha memastikan proses pemindahan dan kebajikan mangsa banjir berjalan lancar sehingga selesai keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau mengingatkan agar penduduk yang berada di dalam kawasan banjir untuk mendapatkan bantuan dan kekal berada dalam PPS kerana keadaan cuaca masih tidak menentu.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang untuk usaha tersebut, sumbangan boleh disalurkan kepada pasukan Task Force Bantuan Banjir AMK Malaysia 2021 di akaun berikut

Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan)
Akaun Bank: 2124 39600 10033 (RHB)
Rujukan: Tabung Banjir AMK