Malaysia Dateline

PKR kaji tindakan undang-undang kes Batu dan Rantau

Wan Azizah kesal dengan pihak SPR terhadap kes Tian Chua dan kes Rantau.

PKR sedang mengkaji dengan seberapa segera tindakan undang-undang yang diambil ekoran tindakan SPR terhadap dua kes calonnya, Batu dan Rantau.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, pihaknya mempertikaikan tindakan Pegawai Pengurus bagi Parlimen P.115 Batu yang menolak pencalonan Naib Presiden Tian Chua yang juga penyandang kerusi tersebut.

Keputusan Pegawai Pengurus bagi N.27 Rantau yang menolak pencalonan Dr. Streram Sinnasamy sebagai calon yang sah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) juga dipertikai.

“Keputusan SPR di Parlimen Batu nyata menafikan hak Tian Chua menurut Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkannya bertanding di dalam PRU-14 ini.

“Saya mempersoalkan asas keputusan yang dibuat oleh Pegawai Pengurus P.115 Batu yang tidak mensejajari keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2018,” katanya.