PKR Kelantan akan serah surat peletakan jawatan

PKR Kelantan akan serah surat peletakan jawatan

Lantikan politik dari PKR dalam kerajaan negeri Kelantan sedang bersiap sedia menyerahkan surat peletakan jawatan mereka.

“Setakat ini PKR negeri sedang mengumpul semua surat peletakan jawatan ahli yang dilantik untuk diserahkan secara rasmi,” katanya kepada FMT.

Empat wakil PKR Kelantan yang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), tidak hadir pada majlis angkat sumpah Isnin lalu.

Mereka adalah Mohd Rosdan Hassan, Suzila Semail, Nor Rosmini Mohd Noor dan Ismail Mohamad.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata kegagalan keempat-empat mereka mengangkat sumpah tidak memberi kesan apa-apa kerana mereka tetap dilantik sebagai ahli majlis.

Katanya, mereka sebelum ini sudah diberi surat pelantikan cuma bagi mengesahkan jawatan itu, mereka perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua MDPP, Mohd Anis Hussin.

Sementara itu, Biro Politik PKR malam tadi bersetuju dengan keputusan menteri besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan status 13 Adun Pas termasuk tiga exco dalam kerajaan negeri.

Ab Aziz berkata susulan keputusan mengekalkan exco Pas, pihaknya tidak menolak kemungkinan pendirian sama dibuat melibatkan ahli PKR dalam pentadbiran Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata PKR Kelantan belum menerima arahan baharu daripada parti supaya ahlinya kekal dalam pentadbiran Kelantan.

“Jadi keputusan terbaharu (untuk kekal di Kelantan) kita belum terima apa-apa arahan daripada pusat lagi, kalau kita terima arahan berbeza kita akan buat keputusan lain, selagi tidak ada keputusan baharu kita guna yang dahulu,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)