Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PKR Miri bantu masyarakat kemas kini inisiatif kerajaan
Michael Teo

PKR Miri bantu masyarakat kemas kini inisiatif kerajaan

MAHDAR BUJANGJanuary 10, 2020 10:00 am

 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri bersedia membantu penduduk dan masyarakat di kawasan pedalaman bagi memohon dan mengemas kini permohonan inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Inisiatif tersebut ialah Bantuan Sara Hidup (BSH), MySalam dan PeKa B40.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo memberitahu, usaha itu adalah bagi memudahkan urusan penduduk di kawasan pedalaman yang terpaksa turun ke bandar atau ke lokasi yang memerlukan perbelanjaan tinggi.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) amat komited untuk melaksanakan program bantuan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negara ini termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Tegasnya, bantuan atau inisiatif yang disediakan itu ialah rawatan kesihatan melalui PeKa B40 yang bertujuan membantu golongan memerlukan rawatan perubatan khususnya penerima BSH.

“Mereka yang menerima BSH secara terus adalah layak menerima rawatan kesihatan PeKa B40 namun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

“Untuk itu, kita bersedia membantu dengan membawa beberapa orang doktor ke kawasan-kawasan pedalaman di kawasan Miri demi memastikan mereka mendapat pemeriksaan kesihatan berkenaan.

“Ini adalah kita memahami keadaan serta kos pengangkutan yang diperlukan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di bandar,”jelas beliau yang juga Pengerusi PKR Miri.

Tambahnya lagi, di samping membantu melakukan pemeriksaan kesihatan, pihaknya juga akan membantu dari segi permohonan baharu atau mengemas kini permohonan.

“Selain di pedalaman, mereka yang tinggal di kawasan bandar juga akan dibantu kerana terdapat juga mereka yang tidak tahu cara permohonan atau tidak dimaklumkan berkaitan bantuan ini,” ujar Dr Teo.

Menurutnya, bantuan pemeriksaan kesihatan bakal dilaksanakan secara program‘outreach yang diumumkan dan dilakukan secara berperingkat agar kesemua penerima yang layak dapat menikmati manfaat berkenaan.

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production