Muhyiddin sertai siri jelajah PKR mengenai isu 1MDB

Muhyiddin sertai siri jelajah PKR mengenai isu 1MDB

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bersedia bekerjasama dengan PKR bagi memulakan siri jelajah ke seluruh negara menerangkan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Pengumuman bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat hanya susulan penyertaan beliau sebelum ini dalam Deklarasi Rakyat yang menuntut pengunduran Najib Razak.

Muhyiddin berkata, penjelasan yang mudah difahami dalam siri jelajah berkenaan akan meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

Bekas Naib Presiden Umno itu dalam sidang media diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika ditanya pemberita, bagaimanapun tidak mengesahkan akan menyertai PKR selepas ini.

Dalam perkembangan berkaitan, mengulas situasi negara yang dikatakan berdepan ancaman keganasan, beliau mempersoalkan langkah keselamatan sewajarnya diambil di pihak kerajaan.

“Dalam situasi negara berdepan satu skandal besar 1MDB, bukan soal (keganasan) akan berlaku atau tidak, tapi harus dijelaskan tindakan-tindakan preventif yang dilakukan untuk mengelak kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

“Dalam keadaan sekarang, apa saja boleh ditafsir sebagai menjejaskan keselamatan negara,” tegas Muhyiddin lagi.

Kira-kira 20 pemimpin PKR hadir dalam sidang media tengah hari tadi termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Mereka yang menjadi ahli PKR seperti diumumkan pada 11 September tahun lalu, masing-masing memegang jawatan Pengarah Biro Penerangan dan Komunikasi serta Pengarah Politik dan Dasar.

TAGS