PKR N. Sembilan lapor polis, tuntut SPRM buka kembali kes pembelian apartment mewah Tok Mat di London

PKR N. Sembilan lapor polis, tuntut SPRM buka kembali kes pembelian apartment mewah Tok Mat di London
Anggota PKR Negeri Sembilan yang hadir di IPD Seremban untuk menyerahkan aduan mengenai pembelian apartmen mewah bernilai RM10juta di London oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datu kSeri Mohamad Hasan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis terhadap dakawaan pembelian apartment bernilai RM10juta oleh calon Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun  Rantau Mohammad Hasan ketika menjawat menteri besar Negeri Sembilan.

Laporan polis yang dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Seremban hari ini turut menyerahkan satu video berdurasi 58 saat yang memuatkan pengakuan Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat.

“Perkara ini wajar dibangkitkan dan disiasat semula memandangkan Tokmat telah membuat pengakuan di hadapan pihak media pada 7 April jam 12 tengahari di Rantau bahawa wang sebanyak RM10juta ialah wang peribadinya yang telah dipindahkan melalui pengurup wang untuk membeli pangsapuri di London.

“Kami difahamkan bahawa pemindahan wang tersebut telah tidak diisytiharkan kepada bank negara sebelum ianya dipindahkan melalui pengurup wang,” ujar Ketua PKR Negeri Sebilan Yusof Tapar dalam sidang medianya di hadapan IPD Seremban.

Beliau turut berkata satu lagi laporan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam masa terdekat.

Ia bagi mengesa fail siasatan terdahulu dibuka semula kerana dakwanya lagi, terdapat bukti baru melalui pengakuan TImbalan Presiden Umno itu sendiri.

“Kami merasakan bahawa terdapat pelbagai keraguan munasabah dalam siasatan terdahulu yang dibuat di bawa era pemerintahan BN.

“Tahun 2008 menyaksikan hanya syarikat pengurup wang Salamath Ali Money Changer sahaja yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman lesen perniagaan ditarik balik.

“Manakala pemilik wang yang mengarahkan transaksi tersebut untuk membeli apartkment mewah di London tidak didakwa.

“Jika Peguam Negara ketika itu mendapati pihak pengurup wang bersalah, bagaimana pula dengan Tok Mat yang merupakan pemilik wang tersebut? Adakah kerana Tok Mat sebagai Menteri Besar mempunyai kemampuan untuk membeli apartmen mewah di London secara tunai dengan nilai RM1ojuta?

“Ia satu nilai yang besar biarpun untuk seorang menteri besar. Jika mampu beli rumah tunai bernilai RM10juta berapa pula jumlah kekayaan sebenar yang dikumpul Tok Mat sepanjang 4 tahun pertama menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan,” soalnya.