Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PKR perlu segera ‘bersihkan’ munafik dan pengkhianat

PKR perlu segera ‘bersihkan’ munafik dan pengkhianat

MOHD ALI HASHIMMarch 3, 2020 7:56 am




Insiden kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta berlakunya pengkhianatan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin serta beberapa orang Ahli Parlimen memberikan impak yang perlu diambil tindakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tindakan positif tersebut iaitu melakukan proses pembersihan saki-baki pengkhianat yang masih kekal berada dalam parti dengan memecat mereka sebagai anggota parti.

Fariz Musa

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Penerangan Pusat PKR, Fariz Musa.

Jelasnya, mereka ini bakal menjadi ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘api dalam sekam’ maupun ‘duri dalam daging’ yang akan menghancurkan parti dari dalam.

“Adalah sangat baik sekiranya ahli pimpinan di peringkat pusat, negeri dan juga cabang, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta anggota parti yang merupakan pendokong dan penyokong para pengkhianat meninggalkan PKR secara sukarela dan membawa bersama para penyokong mereka.

“Dengan tindakan tersebut adalah diharapkan pada masa yang akan datang ia akan diisi oleh mereka yang lebih taat dan setia kepada Presiden, PKR dan juga perjuangan.

“Para munafik politik dan pengkhianat tidak perlu bermuka-muka kononnya setia kepada Presiden dan parti, sedangkan sebenarnya mereka dalam usaha untuk meruntuhkan parti dari dalam, ” tegasnya.

Sehubungan itu kata Fariz, PKR memerlukan pimpinan serta anggota parti yang terus taat dan setia kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepimpinan dan parti serta memerlukan pembersihan dengan segera.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production