PKR Pulau Pinang lantik barisan kepimpinan baharu

PKR Pulau Pinang lantik barisan kepimpinan baharu

Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang telah menyenaraikan beberapa jawatan dan pelantikan termasuk melantik Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai Pemangku Pengerusi.

Amir Ghazali, Pengarah Komunikasi PKR Pulau Pinang.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Komunikasi PKR Negeri Pulau Pinang, Amir Ghazali.

Jelas beliau lagi, manakala Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ,Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Naib Pengerusi 1.

Manakala Adun Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee telah dilantik sebagai Naib Pengerusi II serta Adun Batu Uban, A. Kumaresan dilantik sebagai Naib Pengerusi III.

“Zulkefly Saad kekal sebagai Setiausaha serta Rezal Huzairi Mohd Zaki dilantik sebagai Timbalan Setiausaha 1.

“Bendahari yang telah dilantik adalah Francis Joseph serta Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon sebagai Ketua Penerangan.

Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dilantik sebagai Naib Pengerusi 1 MPN Pulau Pinang.

“Ketua AMK Negeri pula ialah bekas aktivis pelajar Fahmi Zainol serta Nur Zarina Zakaria sebagai Ketua Wanita,” ujarnya lagi.

Selain itu kata Amir lagi, Timbalan Ketua Wanita adalah Santha K.Muthu.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, yang juga merupakan bekas Pengerusi MPN pada penggal yang lalu turut diberi tugas sebagai Penasihat bersama-sama dengan Speaker Dun, Datuk Law Choo Kiang.

“Pengarah Strategik adalah Adun Sungei Bakap, Dr Amar Pritpal Abdullah.

“Setiausaha Pengelola adalah Adun Teluk Air Tawar, Mustafa Kamal Ahmad serta timbalannya pula adalah Chan Soon Aun.

“Ahli Jawatankuasa yang dilantik adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ketua Cabang Bagan, Alah Oh, Adun Bukit Tambun, Goh Choon Aik, Shahrudin Md Syariff dan Chua Kheng Ee,” kata Amir lagi.

Bagi Biro Pendidikan, Sains dan Inovasi pula dipengerusikan oleh Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin.

Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru sebagai Timbalan Pengerusi MPN Negeri Pulau Pinang.

“Adun Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain pula dilantik bagi mempengerusikan Biro Keusahawanan.

“Adun Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan yang turut dianggotai oleh Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, Adun Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung, Adun Sungei Acheh, Zulkifli Ibrahim dan Adun Pantai Jerejak, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Ahli Jawatankuasa yang turut dilantik ialah Datuk Abdul Malik Kassim bagi mengetuai Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama,” tambah Amir lagi.

Turut dilantik kata Amir lagi adalah Ahmad Azrial Tahir, Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai, Shuhada Abd Rahim dan Ketua Whip Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Francis Joseph.