PKR serah bukti pengundi Sungai Besar dipindahkan kepada SPR 1 Julai

PKR serah bukti pengundi Sungai Besar dipindahkan kepada SPR 1 Julai

PKR akan menghantar senarai bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu pengundi di Sungai Besar yang dipindahkan ke kawasan pengundian lain.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata Parti Amanah Negara (Amanah) juga wajar berbuat demikian bagi membuktikan dakwaan perkara sama kepada SPR.

“Saya kira yang terbaik kita dapatkan senarai ini daripada pimpinan Amanah kerana daripada kajian PKR seperti yang kita bangkitkan, ada pengundi yang dipindahkan daripada tempat mengundi terdahulu kepada tapak daerah mengundi mengundi baru.

“Jadi saya lebih suka kalau kita berikan lebih maklumat secara terperinci. Kita dah serahkan bahan bukti kita kepada BERSIH 2.0 dan Insha Allah pada 1 Julai kita akan berikan secara rasmi kepada SPR,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini.

Katanya, langkah itu diambil bagi membolehkan SPR menjalankan siasatan rapi dan sekaligus membetulkan keadaan itu.

COMMENTS

Wordpress (0)