PKR setuju autonomi imigresen Sarawak kekal tetapi bukan salah guna

PKR setuju autonomi imigresen Sarawak kekal tetapi bukan salah guna

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Adenan Satem kerana memberi kebenaran masuk Sarawak mengingatkan autonomi imigresen tidak sepatutnya disalahguna untuk menghalang pemimpin pembangkang berkempen.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Adenan Satem kerana memberi kebenaran masuk Sarawak mengingatkan autonomi imigresen tidak sepatutnya disalahguna untuk menghalang pemimpin pembangkang berkempen.

“Saya tidak bersetuju dengan salahguna autonomi imigresen itu oleh Tan Sri Adenan Satem untuk menyekat pembangkang daripada berkempen di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pada jam 1016 malam semalam kata Rafizi, beliau mendapat email dari En Azmi Bujang, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sarawak yang memaklumkan bahawa dia dibenarkan masuk ke Sarawak dan tinggal selama 5 hari sahaja.

“Saya mendapati ada segelintir yang tidak bersetuju apabila saya dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menulis kepada Tan Sri Adenan Satem untuk masuk ke Sarawak. Bagi mereka ini satu bukti kami tunduk kepada Tan Sri Adenan Satem.

“Sebenarnya kami menghargai dan menghormati hak rakyat Sarawak mempunyai autonomi dalam perkara-perkara berkaitan imigresen. Malah ini selaras juga dengan janji kita kepada penduduk Sabah dan Sarawak bahawa Pakatan Harapan akan mengekalkan autonomi tersebut termasuk di dalam perkara-perkara berkaitan imigresen,” katanya.

Beliau terus bertegas tidak bersetuju dengan salahguna autonomi imigresen itu oleh Tan Sri Adenan Satem untuk menyekat pembangkang daripada berkempen di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, sebab itu surat permohonan itu ditulis bernada satira dan menyindir.

“Namun itu tidak bermakna jika saya tidak bersetuju dengan tindakan salahguna oleh Tan Sri Adenan Satem; saya juga kena menidakkan hak rakyat Sarawak dalam perkara autonomi imigresen ini,” katanya.

Menurut Rafizi, PKR menghormati autonomi imigresen rakyat Sarawak dan jika perlu menulis setiap kali mahu masuk atas dasar menghormati autonomi itu maka beliau tidak ada masalah untuk membuat permohonan.

TAGS