PKR terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun Mahathir, kata Anwar

PKR terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun Mahathir, kata Anwar

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sejak awal penubuhan Pakatan Harapan (PH) sehingga penubuhan kerajaan dan kini tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata negara memerlukan parti komponen yang kuat dalam PH dan persefahaman di kalangan anggota parti adalah penting.

“Negara hari ini perlukan Keadilan yang kuat, Bersatu yang kuat, Amanah serta DAP yang kuat… dalam gabungan ini bukan kerajaan Keadilan tetapi kerajaan PH maknanya persefahaman antara kita sangat penting,” katanya dalam ucapan pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sesi 2018/2021, malam tadi.

Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan pimpinan PKR pusat dan negeri.

Anwar berkata gabungan itu perlu kekuatan baharu, suntikan, peranan serta semangat Tun Mahathir untuk bersama-sama berjuang