PKR tiada halangan Pas tubuh blok pembangkang baru, kata Azmin

PKR tiada halangan Pas tubuh blok pembangkang baru, kata Azmin

 

 

 

 

 

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  menegaskan  Parti Keadilan Rakyat (PKR)  tiada halangan  sekiranya  Pas  mahu menubuhkan blok pembangkang baru (blok politik ketiga)  kerana ia adalah hak demokrasi  asalkan  tujuannya  mempunyai niat yang sama untuk melakukan reformasi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Mohd Azmin AliMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  menegaskan  parti Keadilan Rakyat (PKR)  tiada halangan  sekiranya  Pas  mahu menubuhkan blok pembangkang baru (blok politik ke tiga) kerana ia adalah hak demokrasi  asalkan  tujuannya  mempunyai niat yang sama untuk melakukan reformasi.

Katanya tindakan Pas menubuhkan blok pembangkang itu  tiada halangan yang penting niatnya tetap sama.

“Tak apalah itu demokrasi. Yang penting matlamat kita nak lakukan reformasi dalam sistem kenegaraan. Ia boleh dibuat secara individu, berkumpulan atau gabungan kerana Deklarasi Rakyat juga menjurus ke arah yang sama.

“Ia tak akan halang usaha melakukan perubahan. Cuma ia beri pilihan tambahan kepada rakyat,” kata Azmin kepada media di lobi parlimen hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baru yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.

Menyentuh mengenai tindakan Pas mahu meletakkan calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, Azmin yang juga  Timbalan Presiden PKR itu  sekali lagi menegaskan beliau mahu hanya ada pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Katanya  masih terdapat ruang perbincangan antara parti pembangkang itu dalam soal pembahagian kerusi di negeri bumi kenyalang itu.

“Saya rasa apa yang penting sekarang adalah semua parti terima hakikat bahawa perlu pertahan satu lawan satu.

“Maknanya kita masih ada ruang untuk berbincang. Biasanya kerusi ini kita bincang sampailah sebelum hari calon,” kata Adun Bukit Antarabangsa itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dun.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Gombak itu berkata perbincangan itu perlu bagi mengelak sebarang pertindahan kerusi dikalangan pakatan pembangkang sekali gus mengakibat kerugian besar.

“Itu sebaik-saiknya sebab kita nak lakukan perubahan dan ia kena buat secara kolektif, tak boleh buat bersendirian. Dan ini hanya boleh dlakukan kalau pakatan rakyat dan pakatan harapan boleh meletakkan hanya seorang calon melawan bagi melawan BN,” tegas Azmin.

Dalam pada itu Azmin dalam satu kenyataan  juga menyebut kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa tidak pernah mempedulikan rakyat di Sarawak selama ini tetapi muncul setiap kali pilihan raya negeri akan diadakan.

Azmin berkata demikian ketika berbahas di Dewan Rakyat mendakwa sikap pemimpin BN itu berbeza dengan pembangkang yang memberi keutamaan kepada penduduk Sarawak.

“Kami dalam pembangkang sentiasa mengambil tahu tentang rakyat dan sampai bila-bila pun kami akan perjuangkan nasib rakyat. Kalau BN nak bantu, tak perlu tunjuk kekuatan pada pilihan raya kerana rakyat sedar dan nampak semua ‘lakonan’ yang ditunjukkan BN,” jelasnya.

Tambah Mohamed Azmin, kalau betul BN jujur kepada rakyat, bantulah negeri lain seperti Kelantan dan tidak perlu fokus kepada Sarawak semata-mata

TAGS