PKR tiada sifat setiakawan, kata Nazri

Yang Dipertua Pas kawasan Rompin, Nazri Ahmad menzahirkan kekecewaan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini,mengatakan Pas dilihat kurang mendapat sambutan di Sarawak dan tidak sama seperti yang diperoleh di Semenanjung Malaysia.

Nadzri berkata, kenyataan Wan Azizah itu menunjukkan PKR seolah-olah tiada sifat setiakawan sedangkan mereka masih mempunyai hubungan dengan Pas melalui Pakatan Rakyat (PR) selain umum juga mengetahui banyak kemenangan PKR di kawasan yang ditandingi turut dibantu jentera Pas.

“Kenyataan sedemikian seolah-olah menidakkan bantuan Pas selama ini walaupun ada desakan ahli akar umbi supaya Pas meletakkan calon di kerusi tertentu tetapi tetap memberi laluan kepada PKR atas semangat setia kawan dan muafakat dalam PR. Mereka (PKR) juga kekurangan jentera dan dana tetapi kita (Pas) tetap bantu,” kata sebagaimana dipetik daripada portal berita.

Presiden PKR itu turut berkata, sambutan Pas di negeri yang terletak di sebelah barat Malaysia itu tidak sama seperti yang mereka (Pas) peroleh di Semenanjung dan oleh sebab itu tidak ada pembahagian kerusi untuk Pas di sana.

Azizah berkata demikian Selasa lalu selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan selain mendedahkan inti pati mesyuarat tersebut yang turut membincangkan asas kerjasama di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam perkembangan sama PAS Sarawak turut memberi respon balas dan memandang serius kenyataan Presiden PKR itu yang mengatakan PAS kurang sambutan, tiada kerusi di Sarawak sebagaimana dilaporkan media.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, kenyataan yang dikeluaran Presiden PKR itu menunjukkan PKR tidak demokratik dan tidak cermat.

Sedangkan kata Jofri realitinya PAS Sarawak akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi DUN pada Pilihan Raya Sarawak (PRN Sarawak) yang akan datang termasuk beberapa kerusi bandar yang biasa ditandingi DAP dan sambutan PAS Sarawak semakin mengukuh di negeri itu.

TAGS