Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PKR tidak tolak ansur ahli terlibat jenayah, kata Anwar

PKR tidak tolak ansur ahli terlibat jenayah, kata Anwar

BernamaJanuary 15, 2020 7:25 am




Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana ahli, termasuk pimpinan parti itu yang terlibat dengan jenayah.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil, termasuk menggantung keahlian mereka.

“Kalau sah ujian (air kencing positif) oleh polis dan penangkapan, selalunya kita ambil tindakan segera gantung (keahlian). Kita tidak boleh tolak ansur dalam soal jenayah.

“Selalunya dalam parti kita serah kepada lembaga disiplin untuk putuskan…dalam masa singkat kita ambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir di Ceramah Perdana pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Kampung Pimping Membakut, Kimanis,, malam tadi.

Beliau diminta mengulas penahanan seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan, yang merupakan antara 17 individu ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, awal pagi Isnin, dengan kebanyakan mereka didapati positif dadah.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu rakyat di Kimanis terus memberi sokongan kepada parti pemerintah, yang diamanahkan membawa perubahan di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau berkata Parti Warisan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sudah pastinya akan membawa perubahan atas kehendak rakyat Sabah.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production