PKR ucap takziah kepada keluarga Hj Saufi Daud

PKR ucap takziah kepada keluarga Hj Saufi Daud

Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhum bekas Ahli Parlimen Tanah Merah (1999-2004) Hj Saufi Daud yang meninggal dunia awal pagi ini.

“Pada usia PKR tujuh bulan, PKR menyertai pilihan raya umum 1999 dan menang di Kota Bharu, Peringat, Kemaman, Permatang Pauh dan Tanah Merah.

Almarhum Hj Saupi Daud akan dikenang dalam sejarah PKR sebagai tokoh awal yang berani dan terlalu banyak membantu PKR di Kelantan dan Malaysia, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya pagi ini.

“Saya akan sentiasa mengenang almarhum Hj Saupi sebagai seorang sahabat yang paling awal membantu saya tatkala diarah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu pada September 1998. Almarhum Hj Saupi ketika itu menjawat Setiausaha Umno Bahagian Tumpat,” kata Saifuddin.

Seluruh keluarga besar PKR terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, seluruh pimpinan pusat dan anggota parti akan sentiasa menghargai jasa baik dan sumbangan besar beliau terhadap PKR,” katanya.

PKR berharap semoga Allah SWT memberikan pengampunan dan mencucuri rahmah ke atas roh almarhum.

CATEGORIES