Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak mungkin rakyat akan memberikan sokongan terutama kepada Umnoyang telah menyebabkan kerosakan besar dalam negara terutama berkaitan rasuah.

“Ini strategi politik dan gabungan antara Umno dan Pas itu pilihan mereka, tapi yakinlah rakyat sudah membuat keputusan dengan menolak Umno pada pilihan raya umum lalu.

“Bagaimana parti yang ditolak rakyat ini boleh bergabung pula dengan Pas tetapi itu adalah pilihan mereka untuk bergabung,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Seri Supardi Md Noor.