Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Plus tawar diskaun tol 20 peratus

Plus tawar diskaun tol 20 peratus

MALAYSIADATELINEJanuary 24, 2020 7:07 am




Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berpeluang menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus pada 25 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusan PLus Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail, berkata pengguna lebuh raya akan diberikan diskaun tol sebanyak 20 peratus ketika membayar tol antara jam 12 tengah malam hingga 11:59 malam.

“Jika pengguna memasuki lebuh raya jam 7 malam pada 24 Januari dan keluar lebuh raya serta membuat bayaran tol pada jam 12.15 pagi pada 25 Januari, mereka layak menikmati diskaun berkenaan.

“Kami juga mengambil peluang untuk mengucapkan pelanggan kami supaya ‘hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta sentiasa selamat walau di mana sahaja mereka berada’ dan dapat meraikan Tahun Baharu Cina bersama insan tersayang,” katanya dalam kenyataan.

Diskaun tol 20 peratus itu diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Jambatan Pulau Pinang serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Bagaimanapun, diskaun ini tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang dan juga tidak ditawarkan kepada pengguna di Jambatan Pulau Pinang yang menikmati diskaun tol 20 peratus sedia ada melalui kad Touch n Go,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production