Malaysia Dateline

PM akan beri ucaptama pada sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada Sabtu

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan hadir pada satu acara yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk meraikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia, pada hari yang sama berlansungnya Himpunan Aman ICERD yang mempertahankan hak Melayu dan Islam pada Sabtu ini.

Suhakam mengadakan sambutan itu dua hari lebih awal untuk memperingati Hari Hak Asasi Manusia Global yang disambut pada setiap 10 Disember, yang menandakan ulang tahun ke-70 Deklarasi Hak Asasi Manusia yang diterima pakai oleh Perhimpunan Bangsa=bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948.

Tema untuk Hari Hak Asasi Manusia pada tahun ini adalah “Stand Up For Human Rights”.

Dr Mahathir akan membuat ucaptama semasa pelancaran acara Suhakam disebelah pagi di Padang Timur, Petaling Jaya.

Suhakam juga akan membuat persembahan sebagai pengisian program yang berjudul “Perjuangan Yang Belum Selesai”, sebuah pertunjukan wayang kulit, bacaan puisi, serta tarian oleh Orang Asli dari Pulau Carey.

Pas, Umno dan penganjurnya Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan mengadakan himpunan besar-besaran bukan untuk membantah Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Racun (ICERD), sebuah perjanjian Bangsa-bangsa Bersatu yang telah disahkan oleh kebanyakan negara, walaupun kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan ia tidak akan meratifikasi ICERD.

Oleh itu perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini tetap diteruskan, namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.