Malaysia Dateline

Amanah kini menjadi harapan baru rakyat.

PM akan berucap pada Konvensyen AMANAH Nasional di Ipoh

Asmuni Awi

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PH akan menyampaikan ucapan di Konvensyen Nasional Amanah 2018 yang akan berlansungberlangsung dari 14 hingga 16 Disember ini di Ipoh, Perak.

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata, konvensyen yang pertama kalinya diadakan selepas Amanah menjadi sebahagian komponen PH yang membentuk kerajaan itu akan turut disertai oleh ketua-ketua parti komponen PH yang lain.

“Konvensyen  itu merupakan wadah untuk menonjolkan kepada rakyat konsep inklusif parti terutama selepas Amanah menjadi sebahagian daripada komponen PH yang membentuk kerajaan selepas memenangi PRU14,” katanya kepada Bernama di sini.

Mengenai persiapan konvensyen yang bakal diadakan di Hotel Casuarina Meru di sini, Asmuni berkata, Amanah Perak telah menubuhkan satu jawatankuasa induk yang mana 30 orang terdiri daripada urusetia dan persiapannya sudah selesai.

Beliau yang juga Bendahari Agung Amanah berkata Presiden Amanah Mohamad Sabu akan menyampaikan ucaptama pada konvensyen yang akan dihadiri 1,000 anggota perwakilan daripada 156 kawasan sah berdaftar serta kira-kira 3,000 pemerhati dari dalam dan luar negara antaranya Indonesia dan Thailand.- Bernama.