PM akan tentukan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah dikekalkan atau dilantik baharu

PM akan tentukan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah dikekalkan atau dilantik baharu

Lim Guan Eng

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat keputusan sama ada Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd yang ada sekarang perlu dikekalkan atau melantik barisan pengarah yang baharu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Perdana Menteri yang akan membuat keputusan (berhubung perkara itu).

“Saya fikir kita serahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di hari ini lapor Bernama.

Sambil menyatakan peletakan jawatan kesemua sembilan ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd tidak dibincangkan dalam Kabinet, Lim berkata, ia merupakan keputusan yang bjiak yang membolehkan Perdana Menteri membuat keputusan berhubung perkara itu.

Khazanah Nasional Bhd hari ini mengumumkan semua ahli Lembaga Pengarah, termasuk Pengarah Urusannya, menawarkan peletakan jawatan daripada Lembaga Pengarah.

“Saya rasa itu keputusan mereka dan mereka hendak memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan berhubung hala tuju sama ada meneruskan dengan Lembaga Pengarah yang dilantik kerajaan dahulu atau meneruskan dengan yang baharu.

“Langkah seterusnya adalah daripada Perdana Menteri,” katanya.

Khazanah, dalam mengumumkan peletakan jawatan ahli Lembaga Pengarahnya, berkata, langkah itu diambil untuk memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu.

“Lembaga Pengarah yang ada sekarang berbangga dapat berkhidmat, dan merasakan adalah wajar untuk menawarkan budi bicara dan mengesahkan semula bidang kuasa kerajaan baharu untuk membentuk Lembaga Pengarah yang baharu,” menurut Khazanah, sambil menyatakan ia akan mengeluarkan kenyataan lanjut apabila mempunyai butiran mengenai penyusunan semula Lembaga Pengarah.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS