Malaysia Dateline

PM Anwar umum bantuan tunai rakyat RM300 disalur lebih awal pada Januari 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan selama ini akan kekal diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini.

Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga: Anwar kotakan janji tangani kos sara hidup, kerajaan jimat RM2 juta setahun dari penolakan gaji menteri Kabinet