PM Anwar umum diskaun PTPTN capai 20%, peminjam juga boleh pohon penangguhan sehingga enam bulan

Oleh KIM SYAZIE

Bermula 1 Mac ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Diskaun tersebut boleh dinikmati peminjam selama tiga bulan dan djangka mencapai 20 peratus dari nilai pinjaman.

Hal demikian merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk mula membuka pemohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama enam bulan.

Penangguhan ini boleh mula dipohon peminjam pada 1 Mac ini khusus buat rakyat berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah.

Manfaat tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

Walakin itu, sejurus ianya diumumkan, beberapa pihak mula mempersoalkan mengapa kerajaan tidak turut mengumumkan pemansuhan PTPTN secara bersasar.

Beberapa individu tampil memberi saranan agar peminjam menerima kenyataan dan membayar sahaja hutang yang telah diwajibkan khususnya buat umat Islam.

“Bayarlah hutang itu, cukup bagus dah dikurangkan. Beringatlah masa susah dulu nak belajar, pinjaman itu juga yang membantu,” komen David Ezekiel Jr di laman Facebooknya.

“Nak percuma senang sahaja, dapatkan pointer 3.5 ke atas. Tak payahlah bayar. Free sahaja,” kongsi pengguna lain.

Menurut hadis riwayat Muslim, diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).

Baca juga: 27 tahun berlalu, Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat sebagai Menteri Kewangan