Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PM China mahu penyelidikan saintifik diperkasa untuk perangi wabak koronavirus
Li Keqiang (tengah) ketika melawat ke Wuhan baru-baru ini.-Foto AFP

PM China mahu penyelidikan saintifik diperkasa untuk perangi wabak koronavirus

BernamaFebruary 10, 2020 3:08 pm




 Perdana Menteri China Li Keqiang pada Ahad menekankan mengenai kepentingan penyelidikan saintifik untuk berjuang memerangi wabak novel koronavirus yang sehingga kini telah meragut ratusan nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian ketika melawat Institut Biologi Patogen di Akademi Sains Perubatan Cina.

Sempena lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat mengenai kemajuan penyelidikan mengenai pencegahan dan kawalan wabak tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penyelidik di atas dedikasi dan kerja keras yang diberikan.

Li turut menekankan mengenai kepentingan ubat-ubatan yang berkesan untuk merawat pesakit dan sekaligus dapat mengurangkan kematian.

Penyelidik perlu bertindak pantas mencari penawar dan menghasilkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan, katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production