Malaysia Dateline

PM dan Kabinet dia, hakikatnya satu entiti

Ada orang tanya jika PM Tebuk Atap letak jawatan, boleh ke dia pi serah atau pass jawatan tu pada orang lain, YB?

Sebelum saya jawab, pertamanya saya nak habaq -loud and clear- PM Tebuk Atap memang wajib letak jawatan @ resign. Tidak ada pilihan dah.

Tentang isu adakah boleh dia serah atau pass jawatan PM kat orang lain?

Ini jawapan saya, setakat yang saya faham Perlembagaan Persekutuan lah ya.

a. Boleh, jika dia terus tak mahu hormati institusi diraja atau tak mahu hormat institusi YDPA dan mahu pula terus istiqamah langgar undang-undang dan meremehkan Perlembagaan Persekutuan -undang-undang tertinggi negara- walaupun dia telah angkat sumpah untuk junjung, hormat dan pertahan ketinggian Perlembagaan Persekutuan.

b. Tidak boleh sama sekali kerana hakikatnya jawatan PM itu mewakili keseluruhan kabinet beliau. Oleh itu jika dia tumbang atau letak jawatan sebagai PM, keseluruhan kabinet dia pun ikut tumbang sekali atau depa juga wajib letak jawatan bersekali.

Hakikatnya jawatan PM dan kabinet beliau tidak terpisah. Depa macam kembar siam!

Sebab itu, misalnya, ada istilah seperti tanggung- jawab kolektif @ collective responsibility jika kita mengaji undang-undang perlembagaan.

Oleh itu tidak timbul sama sekali dia boleh serah jawatan PM kepada orang lain apa lagi orang yang dalam kabinet dia!

Ini bukan acara lari ganti-ganti berpasukan 4 x 100 meter atau 4 x 400 meter ya, yang mana depa boleh pi main tukaq tukaq baton!