PM disaran tidak guna slogan islamik seperti kerajaan terdahulu

Oleh KIM SYAZIE

Yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria menyarankan supaya penerapan nilai-nilai Islam tidak lagi menggunakan slogan-slogan-slogan Islamik seperti mana yang digunakan kerajaan terdahulu. 

Beliau memberi contoh antaranya ketika pentadbiran PM terdahulu seperti Tun Abdullah melalui Islam Hadhari diikuti Datuk Seri Najib Razak dengan slogan dasar Wasatiyyah, serta Rahmatan Lil Alamin semasa Tun Mahathir mentabir negara

Katanya, slogan-slogan naratif ala ‘malaikat’ tidak akan ke mana selagi ia bertunjangkan kepentingan politik. 

“Adalah menjadi harapan supaya PM Anwar tidak lagi menambahkan koleksi Islamik sedemikian kerana berdasarkan kepada pengalaman PM-PM terdahulu membuktikan slogan-slogan naratif ala-malaikat tidak akan ke mana selagi ia bertunjangkan kepentingan politik. 

“Prioriti pemerintah Muslim yakni Islam kini adalah pelaksanaan pengertian Islam itu sendiri dengan berkesan, konsisten dan diyakini rakyat.

“Akhlak Islam yang dipraktikkan bersungguh-sungguh dalam semua aspek pentadbiran dan keputusan adalah lebih berkesan dari melaung-laungkan slogan Islamik ala-malaikat suci. 

“Paling terbaik ialah berhenti menggunakan nama Islam di mana seadainya ia tidak dapat dipraktikkan, sudah pasti akan menjadi fitnah kepada Islam,” ujar beliau yang juga merupakan Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH Pulau Pinang semasa dihubungi Malaysia Dateline.

Naratifnya kini, tambah Dr Zaidi ianya perlu dibuktikan dengan pelaksanaan dan bukannya melalui slogan dan kata-kata sahaja.

Baca juga: Protes terhadap Anwar? Ramai tertanya betul ke ‘Gelombang Hitam’ bakal digerakkan 18 Disember ini?

Baca juga: Bapa politik lompat rasa sedih bila jadi mangsa lompat, kata Khalid