Malaysia Dateline

PM Ismail lulus ujian pertama untuk CSA, kata Kit Siang

DAP menyifatkan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub melepasi ujian pertama apabila berkata, ‘Tiada siapa yang lebih tinggi dari undang-undang’ dalam kes kematian pengawal keselamatan enam bulan selepas dipukul oleh seorang aktivis sebuah parti politik.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, sikap Ismail ini akan mencerahkan lagi harapan agar perjanjian “confidence-supply-reform agreement” atau Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan¬† atau CSA antara kerajaan dan pembangkang ditandatangani.

Namun, katanya, Ismail akan berdepan dengan ujian kedua apakah kerajaannya akan menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kucing semalam yang memutuskan supaya #Undi18 diimplementasi selewatnya pada Disember tahun ini.

“Ismail sepatutnya tidak akan membuat rayuan kepada keputusan ini kerana dia dan 10 lagi menteri dan timbalan menteri dalam kabinetnya sekarang turut hadir dalam sidang parlimen pada 16 Jun 2009 lalu meluluskan usul untuk menurut umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik untuk pengundi dan ia tidak boleh ditangguhkan klagi,” kata ahli parlimen Iskancdar Puteri itu.

Mahkamah Tinggi Kucing antara lain memutuskan menolak rancangan kerajaan sebelum ini untuk hanya mengimplementasi #Undi18 pada September 2022 dan menyatakan bahawa rancangan ini adalah tidak relevan dan tidak sah dari segi undang-undang.

Mahkamah juga mengarahkan supaya #Undi18 diimplementasi selewatnya pada Disember tahun ini.

Tiga pemimpin kanan PH berjumpa Ismail pada 25 Ogos lepas.

Menjelang pengumuman senarai kabinet baharu iaitu pada 25 Ogos lalu, kerajaan mencapai persetujuan bersama barisan pemimpin pembangkang bagi memperkasa fungsi Parlimen sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif.

Bagaimana, ia bukanlah disifatkan sebagai CSA dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan melibatkan sebarang perjanjian berkenaan untuk rundingan bersama kerajaan sebaliknya lebih kepada persefahaman demi kebaikan rakyat.

Namun begitu, selepas pembentukan kabinet, cadangan kerjasama antara pembangkang dan kerajaan menjadi pudar kembali kerana kabinet itu disifatkan sebagai mengulangi kabinet gagal kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

Hampir kesemua pemimpin pembangkang terutama Pakatan Harapan melahirkan kekecewaan mereka dengan kabinet itu dan sukar untuk mereka menyokongnya termasuk semasa undi percaya di Parlimen.

Ismail juga disifatkan terlepas peluang terbaik beliau untuk mendapat kerjasama penuh dari pembangkang selepas pengumuman kabinet 69 orang dengan tambahan tiga lagi duta khas bertaraf menteri.