PM jadi pencelah saman Zaid  didengar 1 Jun

PM jadi pencelah saman Zaid didengar 1 Jun

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 1 Jun bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi pencelah dalam saman pemula dikemukakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap AmBank Islamic Berhad.

Saman pemula ex-parte (sebelah pihak) difailkan Zaid terhadap AmBank Islamic Berhad bagi memohon bank itu mendedahkan lima akaun yang didakwa milik perdana menteri di bank berkenaan membabitkan isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Perkara itu dimaklumkan peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili perdana menteri kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Engku Nurul Ain Engku Muda.

Nor Hazira berkata permohonan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang akan ditetapkan kemudian.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 21 Oktober tahun lalu, Zaid antaranya memohon perintah mahkamah untuk membenarkannya atau peguamnya memeriksa dan mengambil salinan kemasukan yang dibuat dalam lima akaun AmBank Islamic Berhad yang didakwa milik Najib

TAGS