Malaysia Dateline

PM masuk hospital, cirit-birit sejak semalam

Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dimasukkan ke hospital di ibu negara pagi ini selepas cirit-birit sejak semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menerima rawatan dan pemantauan, kata Pejabat Perdana Menteri pagi ini.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri mengalami diarea sejak semalam.

“Sehubungan itu, beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, diarea atau cirit-birit antara gejala keracunan yang berkaitan dengan jangkitan kuman pada usus iaitu gastroenteritis.

Jangkitan itu disebabkan sejenis organisma dikenali sebagai bacteria Escherichia coli (e.coli 0157).