Malaysia Dateline

PM masuk Istana Negara

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 7.47 pagi tadi.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilihat memasuki Istana Negara menerusi Pintu 1.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menjadi pemimpin politik pertama menghadap Seri Paduka hari ini.

Beliau kemudiannya selesai menghadap baginda dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam yang membawanya dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara melalui pintu utama pada jam 8.56 pagi.

Sultan Abdullah dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara secara bergilir-gilir mulai hari ini.

Difahamkan, tiga lagi pemimpin utama parti politik akan menghadap Seri Paduka dalam masa terdekat.

Pertemuan ketua-ketua parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong ini berlaku ketika penularan Covid-19 berada pada tahap membimbangkan dengan 82,797 kes aktif termasuk 903 pesakit di ICU setakat semalam.