PM, menteri dan polis cawangan khas jadi sasaran militan, dakwa polis

PM, menteri dan polis cawangan khas jadi sasaran militan, dakwa polis

 

 

 

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib  Razak, beberapa menteri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay  antara rakyat Malaysia dipercayai dalam keadaan bahaya apabila nama mereka 'disenarai pendek' sebagai sasaran oleh kumpulan militan. 

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

(Dari kiri)Datuk Seri  Mohd Najib Razak dan Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, beberapa menteri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay  antara beberapa rakyat Malaysia dipercayai dalam keadaan bahaya apabila nama mereka ‘disenarai pendek’ sebagai sasaran oleh kumpulan militan.

Menurut Ayub Khan, dirinya dan Najib telah dilihat penyokong Isis sebagai musuh utama malahan didakwa sebagai pengkhianat agama, keadaan itu menyebabkan Najib dan dirinya menerima ugutan maut daripada kumpulan pengganas.

Katanya, penyokong Isis tertentu telah mengugut melalui media sosial dan mahu beliau berhenti melancarkan usaha menentang pengganas.

“Setahu saya, perdana menteri dan menteri tertentu yang menyokong usaha menentang pengganas turut menerima ugutan serupa,” katanya dalam wawancara dengan China Press seperti dipetik sebuah portal media Malaysiagazette.

Ayub Khan berkata, Isis dan pengikutnya percaya perang jihad dan aktiviti pembunuhan yang dilakukan adalah untuk membersihkan agama daripada unsur yang tidak sepatutnya.

“Isis sebenarnya tidak menyatakan secara spesifik sasaran mereka, sama ada budaya barat atau agama tertentu.

“Bagi mereka, apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran mereka perlu dihapuskan. Oleh itu, Indonesia yang mempunyai majoriti penganut Islam turut menjadi sasaran serangan,” katanya.

Dalam pada itu, polis juga bimbang kemungkinan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah terpengaruh dan menyertai aktiviti pengganas di negara-negara berkenaan.

Ayub Khan berkata, polis pernah menyeru perwakilan Malaysia di Timur Tengah supaya mengawasi gerak-geri pelajar Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengakui usaha itu tidak mudah dilaksanakan kerana ramai pelajar tidak berdaftar dengan pihak kedutaan.

TAGS