Malaysia Dateline

PM perlu jawab dakwaan RMK-12 bawa Malaysia tiga langkah kebelakang

Dua orang rakyat Malaysia, Ramesh Chander dan Lim Tech Ghee, yang sebelum pernah berkhidmat di Bank Dunia, telah mengeluarkan kenyataan bersama yang membuat dakwaan yang amat serius terhadap Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), menggambarkan rancangan tersebut sebagai tiga langkah ke belakang.

Ramesh sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pakar Statistik Malaysia, manakala Teck Ghee pula sebelum ini merupakan seorang pegawai kanan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Dunia.

Mereka percaya bahawa RMK-12 ini, sekiranya dilaksanakan dalam bentuk sedia ada, berkemungkinan besar hanya akan menyebabkan kerosakan yang akan mengubah hala tuju pembangunan sosio-ekonomi negara.

Selain itu akan meningkatkan kemungkinan Malaysia terus terjerat sebagai sebuah ekonomi berpendapatan sederhana, dengan risiko yang jelas yang Malaysia akan mundur dari segi pembangunan dan kemakmuran.

Perkara ini bertentangan dengan dakwaan RMK-12 yang mengatakan “tiga tema, empat pemangkin dasar dan 14 pengubah keadaannya” mewakili satu “idea baharu dan inovatif untuk mengubah pemikiran dan mengubah pendekatan terhadap pembangunan negara”.

Kedua-dua Ramesh dan Teck Ghee menarik perhatian terhadap “isu-isu lama yang memerlukan pemikiran baharu dan satu pendekatan dasar yang berbeza sekiranya rancangan ini hendak mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi.

Antaranya dengan memastikan ekuiti bumiputera dan korporat, beri perhatian pada isu reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menghapus amalan mencari hasil atas angin, budaya perlindungan, dan penyalahgunaan dana awam agar dapat mengembalikan badan-badan ini sebagai sebuah badan yang berdaya saing, dan juga program menghidupkan semula sektor swasta, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana.

Jelas sekali yang Ramesh dan Teck Ghee menyiapkan kajian RMK-12 mereka sebelum pendedahan Kertas-kertas Pandora.

Pendedahan Kertas-kertas Pandora sebahagiannya mengesahkan kelarian modal dari negara dan maklumat-maklumat ini amat relevan dalam menjelaskan mengapa pemilikan Bumiputera dalam ekuiti korporat telah dilihat sebagai tidak berkembang atau telah menguncup.

Perkara ini menunjukkan bahawa golongan elit yang mendapatkan saham rizab ini kemudiannya menjual saham-saham ini. Mereka kemudiannya memindahkan hasil jualan ini ke negara luar.

Kita tidak akan dapat capai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera sekiranya perkara ini terus berlaku. Maka sasaran ini tidak mempunyai sebarang makna. Masanya telah tiba untuk satu ukuran baharu yang berasaskan jumlah aset (baik asing atau domestik) yang dimiliki oleh kumpulan yang berbeza.

Satu lagi aspek yang relevan adalah sistem sedia ada yang membawa kepada kehilangan hasil cukai kerana pendapatan yang dihantar keluar ini tidak dicukaikan.

Faktor ini memerlukan penetapan semula sistem percukaian. Sebagai permulaan, satu kaji selidik perlu dimulakan.

Satu Jawatankuasa Perundingan Parlimen perlu ditubuhkan untuk mengkaji kesan meneruskan dasar yang tempang sebegini dengan tugas untuk membuat cadangan untuk mencapai sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Penting untuk kita ingat yang kedua-dua Ramesh dan Teck Ghee melihat cadangan untuk memerlukan syarikat fret bukan milik bumiputera sedia ada untuk menjual 51% pemilikan mereka sebagai satu bentuk rompakan dan budaya Umno-isme.

Perdana Menteri, Ismail Sabri, perlu memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan berat terhadap Rancangan Malaysia ke-12 oleh Ramesh Chander dan Lim Tech Ghee ini dalam penggulungan perbahasan beliau pada hari Khamis yang akan datang.