Malaysia Dateline

PM tebuk atap mengumpan PH dengan dua benda ini…

Semalam masa dalam TV, PM tebuk Atap cuba umpan antara lain dua benda ini.

1.Pelaksanaan undi 18

Jawapan kami boleh lihat link berita  di bawah.

(https://www.sinarharian.com.my/article/38168/BERITA/Nasional/Malaysia-lakar-sejarah-RUU-undi-18-tahun-lulus)

Ada pulak puak walaun (nama manja un) pi tanya pulak.

“Jika dah lulus, awat tak laksanakan?”

“Un un, ada beberapa proses lain yang juga kena dilakukan seperti meminda beberapa undang-undang pilihan raya lain. Kita mula dengan pinda yang paling sukar dulu iaitu pinda perlembagaan. Saya tahu masa tu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang bergerak ke arah itu sebab saya biasa jawab soalan tentang SPR di Parlimen.”

“Lagi satu un, kami semua masa tu sibuk buat kerja-kerja rasmi kerajaan. Puak-puak hangpa un pula sibuk pi buat langkah Syairatonlah, tebuk atap lah”.

“Kami tunjuk komitmen nak buat reform un, Gomen Tebuk Atap un nak luluskan pendaftaran MUDA pun takut.

Puak-puak hangpa un bila dapat kuasa, apa jadi pada RUU 355? Hangpa tak kesian ke kat hero-hero jersi ungu di Padang Merbuk kah?

2. Isu menghadkan jawatan PM ke dua penggal sahaja.

“Un, Kerajaan PH yang ada MANDAT dah bentang RUU untuk pinda Perlembagaan bagi bacaan kali pertama pada Disember 2019. Lepas tu puak-puak hangpa un pi sokong Tebuk Atap untuk dirikan gomen dengan KHIANAT mandat rakyat”

“Bila puak-puak hangpa un dapat kuasa, Menteri Undang-Undang dari parti hangpa un pi habaq jawatan PM tak perlu 2 penggal”.

“Opps betui un, ini semua salah DAP!”