PM tipu kaum India, mana RM230 juta wang Sedic?

PM tipu kaum India, mana RM230 juta wang Sedic?

Kegagalan Timbalan Menteri Datuk Seri SK Devamany menjawab soalan-soalan berkaitan dengan Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) membuktikan ada unsur-unsur penyelewengan dalam agensi tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah mengelak menjawab soalan-soalan yang berhubung dengan peruntukan SEDIC ketika perbahasan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu.

Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar (Gambar atas) berkata, Sedic diwujudkan di bawah Unit Perancangan Ekonomi untuk membantu pembangunan sosio ekonomi kaum India.

Sebelum SEDIC diwujudkan, peruntukan dana pembangunan kaum India disalurkan melalui MIC.

“Tetapi, dana-dana itu tidak sampai kepada sasaran. Ini menimbulkan kemarahan kaum India.

“Sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional semakin pudar kerana penyelewengan dana peruntukan pembangunan. Justeru, kerajaan mewujudkan Sedic untuk menyelesaikan masalah ini.,” uarnya dalam kenyataan hari ini.

Sivakumar berkata, Sedic pada prinsipnya merupakan satu organisasi yang neutral daripada campurtangan politik. Dana pembangunan bagi masyarakat India disalurkan melalui Sedic sejak penubuhannya.

“Tetapi, Sedic telah hilang kewibawaannya apabila pemimpin-pemimpin MIC menggunakan pengaruh mereka untuk mengawal kegiatannya.

“Akhirnya, Sedic telah menjadi boneka MIC. Sedic telah mengikut telunjuk MIC dalam menyalurkan dana kerajaan itu. Masyarakat India telah dimangsakan sekali lagi oleh pemimpin-pemimpin MIC,” dakwanya.

Tambah beliau lagi, dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri menyebut bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM230 juta kepada masyarakat India dari tahun 2014 sehingga kini melalui Sedic.

“Datuk SK Devamany menegaskan lagi, seramai 500,000 orang India telah manfaat daripada dana yang diperuntukkan melalui Sedic. Adakah ini benar?

“Perdana Menteri telah menipu masyarakat India kerana angka-angka yang disebut itu adalah tidak benar. RM230 juta tidak sampai kepada masyarakat India yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Walaupun ada projek-projek tertentu telah dilaksanakan oleh Sedic, tetapi sebahagian besar wang peruntukkan itu telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Itulah sebabnya Timbalan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri SK Devamany tidak mahu menjawab soalan-soalan berkaitan dengan Sedic di Dewan Rakyat.

“Adakah kita akan membiarkan pemimpin-pemimpin MIC terus menipu masyarakat India?,” soalnya lagi.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS