PM, TPM turun ke Pasir Gudang, MP bahas usul tergempar

PM, TPM turun ke Pasir Gudang, MP bahas usul tergempar
TPM dan TPM akan melawat mangsa gas beracun di Pasir Gudang petang ini.

Ketika ahli Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai pencemaran toksid di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turun sendiri ke kawasan itu petang ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah juga dijangka akan menyertai beliau ke sana.

Dr Mahathir dijangka akan turun ke Pasir Gudang untuk melawat mangsa pencemaran kimia dengan menangguhkan satu majlis beliau di Putrajaya.

Mahathir dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada pukul lima petang, dana akan berkunjung ke hospital dan pusat operasi Pasir Gudang, lapor media.

Mahathir sepatutnya menyerahkan kad keahlian Bersatu kepada beberapa ahli parlimen Umno dari Sabah petang ini. Namun ia ditangguhkan kepada esok pagi.

Setakat ini lebih 900 orang terkesan oleh pencemaran kimia dipercayai akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Lebih 200 orang pula dilaporkan ditempatkan di hospital selepas terdedah dengang as tersebut, sementara lapan lagi di unit rawatan rapi (ICU).

Semalam Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di daerah itu ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pagi tadi Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif meluluskan satu usul tergempar mengenai pencemaran itu.

Usul yang dikemukakan oleh Hassan Karim, ahli parlimen Pasir Gudang itu mencadangkan agar satu perintah dharurat dibuat di Pasir Gudang ekoran tragedi itu.

Speaker telah meluluskan agar ianya dibahaskan petang ini.