Malaysia Dateline

PM umum barisan Kabinet jam 11 pagi ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pelantikan barisan Kabinetnya hari ini.

Ia disahkan melalui kenyataan ringkas Pejabat Perdana Menteri pada Khamis selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembah senarai anggota Kabinet untuk diperkenankan.

Pengumuman Kabinet akan dibuat pada jam 11 pagi nanti.

Kenyataan PMO turut memaklumkan Majlis Angkat Sumpah Menteri dan Timbalan Menteri akan berlangsung pada Isnin, 30 Ogos, jam 2.30 petang.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas hampir seminggu Ismail mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan susulan perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin pada 16 Ogos lalu.

Sesi menghadap pada semalam adalah yang kali kedua bagi Ismail selepas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas Mahiaddin melepaskan jawatan kerana hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen