Malaysia Dateline

PM8: Mahathir dedah senarai 114 MP beri sokongan

Tun Dr Mahathir sebentar tadi memaklumkan, buat masa ini, beliau telah mendapat sejumlah 114 ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri ke-8.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, jumlah sokongan Ahli parlimen Bersatu yang dipersembahkan Tan Sri Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong adalah tidak tepat.

“Saya ingin jelaskan sebagai Pengerusi Bersatu, saya dan lima lagi Ahli Parlimen Bersatu tidak bersama-sama menyokong pelantikan Muhyiddin.

“Kesemua ahli parlimen yang menyokong saya sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam bentuk Akuan Berkanun dan juga surat-surat rasmi daripada Ketua-Ketua Parti akan saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Pimpinan utama Pakatan Harapan yang hadir dalam mesyuarat khas di bangunan Yayasan Al Bukhary lewat malam ini.

Enam orang Ahli Parlimen Bersatu yang telah menandatangi Akuan Berkanun yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin adalah:

1) Tun Dr Mahathir (Ahli Parlimen Langkawi)

2) Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun)

3) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ahli Parlimen Muar)

4) Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)

5) Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)

6) Eddin Syazlee Shith (Ahli Parlimen Kuala Pilah)

Menurut Dr Mahathir kesemua Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 menyatakan dalam bentuk Akuan Berkanun (SD) dan juga surat rasmi dari Ketua-ketua Parti yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong segera menjelangnya Istiadat pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.