Malaysia Dateline

PN belanja mewah dalam PRU-15, dari mana dananya, tanya penganalisis politik

Perbelanjaan mewah yang dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) dalam kempen PRU-15 menimbulkan tanda tanya, dari manakah dana mereka.

Penganalisis politik Bridget Welsh menerusi Twitter beliau mempersoalkan perkara itu semalam.

“PN secara terbuka telah berbelanja besar dalam kempen PRU-15.

“Iklan, pertandingan bolasepak, makan malam, hadiah dan banyak lagi.

“Mereka bersunguh-sungguh berusaha untuk menang dengan memberikan tumpuan kepada pengundi Melayu yang sedang keliru dan pengundi muda.

“Ia menimbulkan persoalan dari mana dana mereka,” tanya Welsh menerusi Twitter beliau Bridget Welsh @ dririshsea kelmarin.

Penganalisis politik, Bridget Welsh bertanya dari mana dana PN.

Perbelanjaan besar PN yang dianggotai oleh Bersatu, Pas dan Gerakan itu jelas kelihatan sejak sebelum pembubaran Parlimen lagi.

Semasa melancarkan PN di Kelantan misalnya, pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk motosikal serta kambing bakar disediakan untuk menarik tetamu datang.

Majlis pengenalan calon PN juga dibuat di dewan besar yang sangat mewah belanjanya.

Para calon PN juga berbelanja besar menerusi iklan facebook mereka bagi membolehkan status mereka sampai kepada sasaran.

Yang paling ketara adalah calon PN Parlimen Pasir Puteh, Nik Zawawi Salleh.

Kalau sebelum ini, tidak pernah status beliau sampai ke facebook orang ramai kerana tidak ada kegiatan beliau, tetapi kali ini hari-hari status beliau masuk ke wall facebook yang bukan pun rakan beliau.