Malaysia Dateline

PN Terengganu bentuk JK, Umno tidak terlibat langsung

Perikatan Nasional (PN) negeri Terengganu yang telah mengadakan mesyuarat kali pertama di Kuala Terengganu bagaimanapun tiada penglibatan Umno di dalam jawatan kuasa tersebut.

Mesyuarat yang diadakan di Kuala Terengganu dipengerusikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Pengerusi PN Terengganu.

“Mesyuarat juga membuat keputusan untuk membentuk Jawatankuasa PN Bahagian selepas ini, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut, Ketua Penerangan PN Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah mesyuarat telah bersepakat untuk membentuk jawatankuasa PN Terengganu sebagaimana berikut :

Pengerusi : YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
N. Pen 1 : YB Sen Dato’ Razali Idris
N. Pen 2 : YB Sen Dato’ Hj. Husain Awang
Setiausaha : Hj. Muhyidin Abd Rashid
Pen. Setiausaha : Hj. Khazan Che Mat
Bendahari : YB Dato’ Rosol Wahid
Pen. Bendahari : YB Us Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan : YB Wan Sukairi Wan Abdullah
Pen. Ketua : En Badrolhisham Shafie
Pengarah Pilihanraya : YB Us Ariffin Deraman
Pen. Pengarah : En Yusop Majid
Ketua Pemuda : Us. Hj. Mohd Nasir Abd Razak
Naib Ketua : En. Aziman Hadi Nazri
Ketua Wanita : Puan Rosilawati Mukhtar
Naib Ketua : To’ Puan Hajah Zarani Othman

Ahli Jawatankuasa :
YB Us Saiful Bahri Mamat
YB Dr Hj. Alias Razak
YB Dr Azman Ibrahim
YB Hajah Zuraida Md Noor
YB Us Che Alias Hamid
En. Husaimi Husin
Dato’ Aziz Ismail
Dato’ Seri Wan Marzuki Wan Sembok
Pn. Mek Zaharah Husain
En. Aidi Ahmad

Terdahulu, Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan untuk tidak akan bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sekaligus menolak gabungan PN di negeri itu.

Umno Terengganu akan meletakkan calonnya di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Umno juga akan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Terengganu daripada Bersatu pada PRU15 kerana kerusi itu sebelum ini merupakan kerusi tradisi milik Umno.