PNB umum 7.25 sen dividen

PNB umum 7.25 sen dividen

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015.

Agihan berkenaan rendah sedikit berbanding 7.5 sen seunit yang diumumkan bagi ASB tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.

Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.

“Pembayaran berkenaan akan memberi manfaat 8.87 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 142.54 bilion unit ASB,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan dividen berkenaan di sini.

Ahmad Sarji berkata setakat 23 Dis, 2015, ASB mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.06 bilion.

CATEGORIES
TAGS