Pokok Sena bukan lagi kubu kuat Pas

Pokok Sena bukan lagi kubu kuat Pas

Mahfuz Omar (tiga dari kanan) bersama calon PH Tan Kok Yew, Mohd Aizat Roslan dan Che Mat Dzaher Ahmad ketika hari penamaan calon pada Sabtu.

Parlimen Pokok Sena kini bukan lagi menjadi kubu kuat Pas sepertimana sebelum ini, sebaliknya kawasan Parlimen tersebut amat jauh berbeza dan mampu memberi kejutan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini.

Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, ramai diantara ahli Pas telah pun memberi sokongan termasuklah secara senyap kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU pada 9 Mei nanti.

Jelas beliau lagi, cara berfikir ahli parti tersebut tatkala ini semakin terbuka serta dapat memahami situasi sebenar perkembangan isu semasa samada di negeri Kedah maupun peringkat nasional.

“Ramai dikalangan ahli Pas memberi sokongan kepada PH secara senyap.

“Mereka menyembunyikan dokongan secara terbuka, secara tidak langsung ia memberi kekuatan kepada PH untuk memperolehi kejayaan yang lebih besar menjelang PRU kali ini.

“Malah ia terbukti apabila pencadang dan penyokong bagi calon PH bagi Dun Bukit Pinang, Che Mat Dzaher Ahmad baru-baru ini merupakan ahli Pas, ” ujarnya.

Kata Mahfuz lagi, lebih menarik lagi apabila penyokong kepada calon Bebas baru-baru ini juga merupakan ahli Pas.

Oleh kerana itu tegasnya, ia memperlihatkan cara berfikir dan keterbukaan pemikiran ahli Pas kini yang telah pun bersedia untuk mendokong parti lain.

“Saya turut optimis sokongan ahli Pas kepada saya sebagai calon Parlimen Pokok Sena masih lagi memberangsangkan.

“Ia akan memberi kejutan yang mampu membawa perubahan yang tidak pernah dijangka dalam PRU tidak lama lagi.

“Kita juga yakin, perubahan yang akan berlaku dapat direalisasikan melalui peti undi demi perubahan yang amat diharapkan oleh majoriti pengundi dalam Parlimen Pokok Sena maupun di negeri Kedah, ” tegasnya lagi.

Barisan calon-calon di Parlien Pokok Sena dan Dun bergambar bersama selepas penamaan calon.

Dalam PRU ke 12 dan ke 13 yang lalu, Mahfuz telah berjaya mengekalkan kerusi yang ditandinginya atas tiket Pas dengan mengalahkan calon BN dalam pertandingan dua penjuru.

Bagi PRU 2008 Mahfuz berjaya memperolehi undi sebanyak 29687 dengan menewaskan calon BN,Abdul Rahman Ibrahim yang mendapat sebanyak 23956 undi.

Manakala majoriti yang diperolehi adanya sebanyak 5731 undi.

Untuk PRU ke 13 pula sekali lagi Mahfuz yang bertanding atas tiket Pas telah berjaya mengalahkan calon BN, Datuk Shahlan Ismail dengan majoriti 3935 undi.

Mahfuz berjaya mendapat sebanyak 36,198 undi dan Shahlan berjaya memperolehi sebanyak 32,263 undi.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote