Polemik royalti minyak Kelantan-Terengganu: Pandangan aktivis

Polemik royalti minyak Kelantan-Terengganu: Pandangan aktivis

ULASAN: Letak ketepi dulu sentimen parti politik.

Ini pandangan kami dari NGO yang asaskan Gabungan Profesional Rakyat Kelantan Tuntut Royalti (Gegar) tahun 2009, kemudian asaskan NGO Royalti (R) tahun 2012 sampai sekarang kami konsisten tuntut hak kami, tahun ni dah masuk tahun ke 9.

Lima sahabat kami sudah pergi meninggalkan kami selamanya, paling tragis mati kemalangan jalan raya di Gua Musang masa balik bagi Amanat Tun Razak kepada Nazri Aziz, wakil BN di Parlimen Malaysia agar Royalti diberikan kepada Kelantan. Al Fatihah.

Sedikit pandangan saya berkaitan polemik politik berlaku sekarang, ini pandangan saya berdasarkan analisis manifesto Pas dan Pakatan Harapan (PH) dan sebagai aktivis Royalti.

Manifesto PH vs Pas

*Manifesto Pakatan Harapan Kelantan dan Malaysia*

i. Kedua buku Manifesto ini jelas sebut akan bagi 20% jika PH menang Malaysia, Kelantan, Terengganu. Daripada 5% kepada 20%.

*Manifesto Pas Pusat dan Kelantan*

i. Manifesto Pas Pusat mengikut Manifesto PH untuk bagi 20%, tapi Manifesto Pas Kelantan hanya sebut Tuntut Royalti (iaitu 5%).

Keputusan PRU14

i. Pas menang di Kelantan dan Terengganu, PH menang Kerajaan Malaysia.

Berdasarkan keputusan ini, Pas tiada locus standi dalam bab Royalti, sebab mereka hanya menang Negeri tetapi tidak memerintah Malaysia.

Tuntutan mereka bergantung kepada keputusan Kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan pula mereka kalah di Kelantan dan Terengganu, tapi menang Malaysia. Situasi sukar disini untuk tunaikan janji mereka.

Cuma jika berdasarkan manifesto PH Malaysia, Royalti itu tetap wajar diberikan.

Dan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia juga sudah sebut akan bagi Royalti kepada Kelantan dan Terengganu. Alhamdulillah.

Sepatutnya Pas Kelantan dan Terengganu ucapkan Terima Kasih.

Polemik

Parti nak jadi ‘hero’, sedangkan perjuangan mereka hanya 5 tahun sekali.

Lepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Kerajaan Kelantan terus ‘sejuk’ dalam isu Royalti Kelantan, sebab tulang belakang tuntutan Royalti Kelantan iaitu arwah Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar (MB) Kelantan tidak dilantik jadi MB dan Husam Musa tidak lagi dilantik jadi Exco.

Aktivis-aktivis Royalti yang membantu Kelantan PRU13 di diskriminasi, ditamatkan kontrak bagi yang kerja GLC Kerajaan, dilabel lawan Kerajaan Kelantan kerana menegur perubahan mendadak kabinet Kelantan tidak sampai 24 jam selepas menang.

Kami melihat Kabinet Exco Kelantan pasca Pru13 bergerak dalam gelap, buntu dan tiada hala tuju. Hingga akhirnya Wang Ehsan yang ditentang habis zaman arwah Nik Aziz diterima bulat bulat RM100 juta, RM50 juta kepada MAIK dan RM50 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Isu ini masih sepi, walaupun masuk Tahun Pilihan Raya, MB Kelantan tetap membisu apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak datang ke Kelantan Januari 2018 lalu, benda itu tidak dinyatakan.

Lepas Pakatan Harapan menang Malaysia, baru Pas nak bersungguh. Kenapa sekarang dan tidak lama dulu?

Bagi saya mereka masih buntu, hanya pandai sebut hendak Royalti. Sedangkan mekanisme pelan pembangunan, pengagihan, pembayaran, tidak dinyatakan dengan jelas dalam Manifesto Pas Kelantan. Hanya sebut nak buat Perbadanan.

Ia sebaliknya berlaku dalam Manifesto Pakatan Harapan Kelantan, jelas disebut angka minimum royalti RM400,000 juta, mendaratkan loji pemprosesan petroleum di Kelantan, Perbadanan Petroleum untuk menguruskan, bagi peluang kerja 20,000 orang penduduk, limpahan royalti dapat bina Lebuhraya, Stadium, Perlabuhan.

Tapi sayang, kenapa rakyat Kelantan tidak memilih PH? Kenapa? Bagi saya mereka suka tengok Kulit, bukan tengok Isi.

Usah salahkan PH, anda rakyat Kelantan dan Terengganu sudah membuat pilihan. Kini cari lah penyelesaian terbaik bukannya sibuk bergaduh.

Penyelesaian
Jalan yang terbaik kepada penyelesaian isu ini adalah ‘gencatan senjata’, utamakan Rakyat. Pilihan raya sudah lepas, masa untuk laksanakan kata kata.

Pas dan Pakatan Harapan adalah asal dari geluk sama, sama-sama pembangkang dan kita semua sudah berjaya tewaskan Umno, Barisan Nasional di Malaysia yang menafikan hak hasil bumi kita.

60 tahun kita berusaha menumbangkan regim BN, menegakkan keadilan, menuntut semangat federalisme, akhirnya kita Merdeka kali ke 2 pada 10 Mei 2018 lalu. Takkan benda ini tiada tolenrasi?

Ini akan jadi sejarah terbesar Malaysia ke arah Negara Maju. Tidak pernah berlaku zaman BN.

Kabinet Pas Kelantan dan Terengganu perlu turunkan ego, hantar surat dan jumpa Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed dan biarlah Husam menjadi pengantara.

Jika segan, bagi tahu kami biar kami rakyat yang jadi orang tengah.

Bertindaklah seperti kamu ini Warga Emas dalam Politik, bukannya kanak kanak yang perlu di tunjuk ajar.

Sebagai salah seorang Pengasas Gegar dan Royalti, bertahun tahun kami berjuang. Kami juga inginkan Royalti diberikan kepada Kelantan dan Terengganu mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, dan Perjanjian Petronas dengan Kelantan – Terengganu 1975.

Mekanisme macam mana, nanti fikirkanlah untuk kebaikan kedua dua belah pihak. Jangan lupakan platform Ngo untuk jadi check n balance mana mana Kerajaan.

Demi untuk Negeri yang majoriti 90%+ Muslim, yang jauh ketinggalan dari semua aspek pembangunan dan paling mundur di Semenanjung Malaysia. Kami ingin melihat Negeri kami lebih baik dari Selangor.

 

*Penulis adalah Pengerusi Penaja R Malaysia yang juga pengasas Gegar dan pengasas Royalti

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS