Malaysia Dateline

Polis ada bukti pembelian berlian merah jambu guna wang 1MDB

Walaupun berlian merah jambu bernilai US$23 juta (RM95 juta) yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun terdapat bukti menunjukkan wujud transaksi pembeliannya menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Dalam satu kenyataan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara(KPN) Bukit Aman SAC Datuk Khalil Azlan Chik berkata, jejak kewangan (money trail) menunjukkan transaksi pembelian itu juga melibatkan seorang peniaga barang kemas di New York.

Kenyataan akhbar itu merujuk kepada penafian Rosmah, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembelian itu.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang pembelian rantai leher dengan pink diamond 22-carat oleh Rosmah sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan oleh netizen.