Malaysia Dateline

Polis ambil keterangan ahli sekretariat himpunan anti-kleptokrasi

Polis mengambil keterangan seorang ahli ahli sekretariat himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi semalam, berhubung pembabitan beliau dalam himpunan di padang Timur, Sabtu lalu.

Lim Yi Wei, setiausaha politik anggota parlimen DAP Tony Pua merangkap ahli majlis Petaling Jaya disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

Lim bagaimanapun tidak pasti mengapa beliau dipanggil polis, tanpa memberitahu butiran pertemuannya selama 45 minit dengan pihak berkuasa.

Beliau juga tidak pasti apabila ditanya sama ada beliau akan didakwa di bawah akta itu.

“Saya harap tidak kerana itu seperti intimidasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui balai polis.

Peguamnya, Vince Tan, berkata beliau menjangkakan anak guamnya akan didakwa kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Beliau turut terkejut Lim dipanggil untuk disoal.

“Ia agak tiba-tiba. Perhimpunan itu hanya dua hari lalu,” katanya.

Beberapa hari sebelum himpunan pada 14 Oktober itu, polis berikrar akan mengambil tindakan bersesuaian terhadap penganjur sekiranya mereka terus mengadakan himpunan di Padang Timur.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagaimanapun membenarkan tempat itu digunakan.