Polis arah wanita muslim buang burkini di pantai Nice

Polis arah wanita muslim buang burkini di pantai Nice

Sekumpulan polis di Perancis mengancam untuk mengunakan menyembur lada dan kayu cota sekiranya pengunjung yang beragama Islam enggan membuang burkini (pakaian mandi wanita Islam yang menutup aurat di pantai Promenade Des Anglais di Nice.

Kejadian itu  dilapor Dailymail.co.uk yang dipetik, menyatakan empat pegawai polis berdiri di hadapan seorang wanita muslim yang sedang berbaring menikmati sinaran matahari di pantai itu diarah menanggalkan pakaian menutup aurat berwarna biru yang digayakannya.

Pegawai polis berkenaan telah memberikan amaran mengenai kod pakaian ketika pengunjung berada di pantai dan telah menyerahkan denda sejumlah 38 euro kerana berpakaian menutup aurat ketika berada di pantai itu.

Seorang lagi ibu muda juga turut diarahkan keluar daripada kawasan pantai di Cannes dan didenda kerana memakai tudung kepala dengan menyembur pemedih mata ke mukanya terhadap wanita berusia 34 tahun itu.

Wanita itu berkata, pegawai-pegawai polis begitu bersifat ‘perkauman’ dengan memalukannya di hadapan anak-anak dan ahli keluarga yang lain, kerana dia tidak memakai burkini.

Kejadian ini adalah yang terbaru berlaku di selatan Perancis dan tersebar rakaman video menunjukkan munculnya sekumpulan polis bersenjata sedang menunggu wanita muslim yang sedang berenang dan kemudian memberi amaran kepada mereka bahawa pakaian menutup aurat yang dipakai di pantai itu tidak dibenarkan.