Susulan kejadian langgar lari menyebabkan kematian seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen, kini pihak polis sedang memburu pemandu kereta Proton Wira Aeroback bernombor TAC 5688.
Dalam kejadian 9,30 pagi semalam Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Shamsudin, 46, meninggal dunia, manakala Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Zaili Nizam Muhammad, 43, patah kaki kanan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Kejadian langgar lari itu berlaku di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara Selatan Sungai Petani, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri daripada lokasi kejadian.
Menurutnya, kenderaan berwarna perak dengan nombor pendaftaran TAC 5688 itu berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun.
“Setakat ini, pemandunya belum tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan kita sedang meneliti serta menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri yang memandu atau individu lain menggunakan kenderaan itu ketika kejadian.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kenderaan itu diminta menghubungi Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan,” katanya dipetik Harian Metro.
Susulan kejadian langgar lari menyebabkan kematian seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen, kini pihak polis sedang memburu pemandu kereta Proton Wira Aeroback bernombor Tac 5688.
Dalam kejadian 9,30 pagi semalam Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Shamsudin, 46, meninggal dunia, manakala Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Zaili Nizam Muhammad, 43, patah kaki kanan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Kejadian langgar lari itu berlaku di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara Selatan Sungai Petani, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri daripada lokasi kejadian.
Menurutnya, kenderaan berwarna perak dengan nombor pendaftaran TAC 5688 itu berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun.
“Setakat ini, pemandunya belum tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan kita sedang meneliti serta menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri yang memandu atau individu lain menggunakan kenderaan itu ketika kejadian.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kenderaan itu diminta menghubungi Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan,” katanya dipetik Harian Metro.
Baca juga: Bubur ulat hijau berlendir dan pepijat untuk murid sekolah atasi kebuluran di Zimbabwe
Baca juga: Khusyuk baca berita sampai tak sedar tertelan lalat undang gelak tawa