Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Polis dalam proses menyita aset terbaharu Jho Low

Polis dalam proses menyita aset terbaharu Jho Low

SITI NUR ZAWANI MISCON FOTO: SYAFIQ ISKANDARJanuary 13, 2020 7:53 pm




Usaha mengesan aset baharu milik ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low menemui beberapa kejayaan biarpun usaha membawanya pulang bagi merungkai skandal kewangan negara, 1MDB gagal.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata, aset baharu tersebut adalah harta iaitu rumah kediaman yang melibatkan nilai jutaan ringgit di mana sedang dalam proses dikembalikan kepada kerajaan Malaysia.

Namun katanya, sepanjang usaha mengesan Jho Low, beliau berhadapan dengan pelbagai rintangan pihak tertentu untuk menggagalkan usaha berkenaan.

“Usaha yang diambil oleh saya (bagi mengesan Jho Low) mendapat bantuan banyak (pihak) dalam dan luar negara.

“Tetapi malangnya saya berdepan dengan rintangan yang didirikan pihak tertentu supaya tidak dapat dibawa kembali kesini untuk dihadapkan di mahkamah dan didakwa.

“Ayahnya (Ayah Jho Low) sekali terlibat, dan paling terbaharu adalah usaha untuk mengesan aset-aset milik keluarga perompak ini menemui beberapa kejayaan iaitu penemuan aset baharu.

“Aset baharu adalah harta iaitu premis kediaman yang terletak dalam negara yang melibatkan jutaan ringgit. Kita akan ambil langkah untuk menyita dan merampas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Pada masa sama, Abdul Hamid turut meminta maaf atas kegagalannya membawa pulang Ahli Perniagaan buruan tersebut yang dijanjikan akan dibawa pulang hujung tahun lalu.

Katanya, usaha membawa pulang ahli perniagaan terbabit masih diteruskan walaupun Jho Low dikatakan memohon suaka politik dari sebuah negara di Eropah.

“Sebenarnya bagaimana saya sebutkan dulu, saya akan berusaha seberapa daya saya untuk membawa dia pulang sebelum hujung tahun. Saya akui saya gagal.

“Saya tidak putus asa dan akan terus berusaha. Dari statement dia (Jho Low), dia nak cuci tangan seolah-olah dia tak terlibat. Kalau betul datang lah balik.

“Personally, saya akan berikan jaminan tentang keselamatan diri dia, dan dapatkan hak dia dari segi undang-undang, dan pembelaan daripada peguam terbaik dari seluruh dunia untuk membela dia,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production