Ketua Polis Kelantan hari ini membuat pendedahan yang mengejukan berkenaan kes rogol dan sumbang mahram yang semakin berleluasa di negeri Che Siti Wan Kembang ini.
Menurutnya, kebanyakan mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur iaitu seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki sehingga ada dalam kalangan mereka mengandung. Lebih membimbangkan adalah kes mereka ini adalah kebanyakannya suka sama suka.
Memetik dari portal berita harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan iaitu meningkat berbanding 2023 membabitkan 206 kes.
Sebanyak 17.1 peratus berlaku peningkatan kes direkodkan setakat ini.
“Bagi saya kes rogol dan sumbang mahram sangat membimbangkan. Jika dulu lelaki yang mencari perempuan, namun kini di Kelantan sebaliknya yang berlaku apabila perempuan yang mencari lelaki untuk membuat hubungan.
“Ada kes beberapa bulan lalu, anak saudara perempuan berusia 10 tahun meminta membuat hubungan dengan bapa saudara berusia 20-an yang akhirnya mengandung.
“Ada juga kes di mana lelaki berusia 11 tahun membuat hubungan dengan sepupu perempuan berusia 15 tahun sehingga mengandung. Lebih tragik remaja perempuan bawah umur namun membuat hubungan sehingga dengan lima lelaki.
“Hasil siasatan yang dilakukan, sebanyak 98 peratus kes yang dilaporkan adalah suka sama suka,”
“Ada juga baru berkenalan beberapa minggu namun sudah merakam gambar bogel dan menghantar kepada rakan lelakinya itu. Situasi ini sangat membimbangkan.
“Ada juga anak perempuan bawa balik rakan lelaki di rumah dan tidur bersama dengan pengetahuan keluarga, namun keluarga hanya membiarkannya sahaja,” katanya di sidang media hari ini seperti dipetik portal berita harian.
Beliau juga berharap ibu bapa dapat memeriksa telefon bimbit anak masing-masing dalam mengekang gejala tidak sihat ini berleluasa pada masa akan datang.
baca: Awan Kelantan