“Polis Gerak Khas pun kena scam” – Abby Abadi hilang hampir RM19k ditipu scammer Telegram

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ada ramai yang pernah ditambah dalam group di Telegram, kebanyakan adalah scammer kononnya ada menyediakan khidmat trading.

Jangan tertipu, dalam group itu sendiri ada ramai scammer yang boleh meyakinkan anda bahawa ia bukan penipuan hingga akhirnya anda terjebak.

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa kecewa selepas ditipu hampir RM19,000 disebabkan mempercayai scammer di Telegram.

Menerusi akan Instagram, Abby memaklumkan hanya menjadi pemerhati dalam group Telegram itu namun akhirnya termakan hasutan.

“Dah berjaga-jaga pun kena juga, pada mulanya saya hanya memantau sahaja namun lama-lama rasa teruja sebab lihat yang melabur dapat pulangan dalam masa tiga jam sahaja.

“Mula-mula RM4k tapi disebabkan pulangan RM145k dalam masa tiga jam, rasa pelik tapi teruja sebab ramai dapat balik duit mereka.

“Kononnya RM4k sahaja tapi lepas itu mereka minta bayaran RM14.5k, seminggu juga fikir sebelum transfer rupanya kena tipu lagi, katanya duit untuk proses pencairan masuk ke akaun.

“Tak cukup itu disuruh tambah hampir RM30k untuk urusan bank, masa ni menyirap dah baru sedar diri memang betul-betul tertipu,” ujarnya di hantaran Instagram.

Pelakon Gerak-Gerak Khas itu memaklumkan sudah membuat laporan polis, walaupun kemungkinan duit untuk dapatkan semula wang tersebut tipis, dia tetap akan berusaha.

Rata-rata warganet menasihati orang ramai untuk lebih bijak agar tidak senang tertipu dan dapatkan nasihat keluarga terlebih dahulu.

“Bukan ke Polis Gerak Gerak Khas. Tak minta pendapat kawan-kawan ata keluarga sekeliling dulu ke sebelum buat keputusan..

“Hmm macam mana boleh senang kena tipu, kalau aku jangan kata RM4k, nak tipu RM1k pun aku dah angin malas nak layan,” antara komen warganet.

Baca juga: “Jahatnya mulut!” – Wawa Zainal berang ada masuk ‘live’ tanya bila nak cerai