Polis Hong Kong mula lancar trak meriam air terhadap penunjuk perasaan

Polis Hong Kong mula lancar trak meriam air terhadap penunjuk perasaan
Polis Hong Kong melakukan demontrasi trak meriam air untuk tujuan meleraikan penunjuk perasaaan di negara itu.- Foto AFP

Polis Hong Kong pada Isnin telah melancarkan trak meriam air sebagai cara baru untuk memerangi penunjuk perasaan pro-demokrasi, selepas gas pemedih mata dan peluru getah gagal menghentikan perhimpunan lebih dua bulan itu.

Seorang pegawai kerajaan berkata, meriam air dikeluarkan selepas pertempuran pada Ahad antara pihak polis dan penunjuk perasaan mengakibatkan 45 orang tercedera.

Antaranya ialah seorang wanita yang mengalami kecederaan muka yang serius, dilaporkan selepas terkena guni beg kacang sebelum imej tersebut viral dan mencipta lagi satu demonstrasi yang baru.

Senior Superintenden Chan Kin-Kwok memberitahu, trak meriam air hanya akan digunakan apabila keadaan menggugat keselamatan awam.

“Polis hanya akan menggunakan trak sekiranya berlaku gangguan awam besar-besaran yang membawa kepada kerosakan harta benda yang dimusnahkan dengan secara tidak sengaja, atau ketenteraman dan keselamatan awam yang dilihat berada dalam ancaman serius.

“Kenderaan trak tersebut merupakan salah satu pilihan untuk kegunaan pihak berkuasa kami atau sebagai taktik khas”, tambah beliau dalam ucapannya pada Isnin.

Channel News Asia melaporkan, Ahli Parlimen Pro-demokrasi yang menghadiri ucapan tersebut, bertengkar dengan penggubal undang-undang pro-Beijing yang memuji pihak polis atas respon mereka terhadap demonstrasi.

“Kami lihat baru-baru ini, kawalan polis terhadap emosi mereka sangat rendah,” kata Lam Cheuk-ting, yang menuduh polis telah ‘menyalahguna kuasa mereka untuk menyerang penunjuk perasaan yang tidak menentang’.

Pihak berkuasa tanah besar mengecam penunjuk perasaan dan penerbangan utama, Hong Kong Cathay Pacific difahamkan turut tertangkap dalam serangan tersebut.

Sementara itu, Ketua Eksekutif syarikat penerbangan, Rupert Hogg memberi amaran kepada kakitangannya dalam bahawa mereka akan dikenakan tindakan disiplin dan dipecat jika didapati terlibat menyertai atau menyokong perhimpunan haram itu.

Pengawal selia penerbangan China turut mengeluarkan peraturan baru yang memerlukan senarai nama kakitangan yang terbang ke tanah besar atau melalui ruang udaranya, dan mengharamkan mereka yang terlibat dengan protes haram di Hong Kong.

Cathay Pacific berkata, peraturan baru itu wajib dipatuhi dengan menyatakan pentingnya tanah besar dalam operasi penerbangannya.