Malaysia Dateline

Polis kutip RM897,500 hasil kompaun PKP 3.0 di Kuching

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip sebanyak RM897, 500 hasil daripada 328 kompaun yang dikeluarkan sepanjang penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Bahagian Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kompaun yang dikeluarkan itu ialah bagi tempoh 1 hingga 19 Jun lalu yang mana menerusi satu infografik seramai 318,400 individu diperiksa semasa penguatkuasaan dilaksanakan.

“Bagi tempoh berkenaan, sebanyak 238,169 kenderaan diperiksa dan 613 telah diarah berpatah balik.

” Manakala, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching juga menerima sebanyak 11,789 permohonan permit polis untuk merentas daerah dalam tempoh yang sama, ” jelas beliau.

Bagaimanapun, ujarnya lagi hanya sebanyak 11,159 permohonan yang diluluskan berdasarkan SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

” Malah, IPD Kuching juga telah melaksanakan sekatan jalan raya (statik) di sembilan lokasi sepanjang tempoh PKP 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun ini dengan melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” tambahnya.